Saturday, 3 December 2016

Elemen KBAT Dalam Buku Teks Tahun 1 Cetus Kerisauan Ibu Bapa, Guru

Tags

Berdasarkan ulasan daripada guru-guru, mereka memberi gambaran murid kelas hadapan belum tentu dapat mengeluarkan maksud tersurat dan tersirat apatah lagi yang masih merangkak membaca.

Kita menyedari elemen KBAT perlu diterapkan di dalam PDP, namun kita juga perlu mengambil kira tahap pemikiran murid, IQ, perbezaan individu, penerimaan maklumat murid juga tidak sama.
Bukan mempertikaikan hasil kerja penulis buku teks, malah merela percaya pembinaan Buku Teks sekolah terdiri daripada guru-guru, pakar-pakar yang hebat, mungkin mereka sudah menguji dan mempunyai kaedah dan teknik sebenar dalam membawa murid ini masuk ke alam pendidikan abad 21. Namun begitu guru di sekolah menyedari tahap sebenar muridnya.
Ibu bapa juga meluahkan rasa tidak senang hati dengan bentuk soalan dan kemahiran di dalam buku tersebut. Mereka turut risau dengan keadaan anak mereka.


jobs from my.neuvoo.com

Google+ Followers