Thursday, 29 December 2016

Cikgu sempat hantar makanan kepada isteri sebelum maut kemalangan

Tags

KOTA TINGGI - Seorang guru maut selepas kereta Proton Persona dinaiki terjatuh ke dalam tebing sebelum terbakar dalam kemalangan di Kilometer 8.5 Jalan Tanjung Belungkor, petang semalam.

Kejadian kira-kira jam 3 petang di jalan menghala ke Terminal Feri Belungkor, Simpang Pasir Gogok, Adela itu menyebabkan mangsa, Abd Rahman Abu Bakar, 49 yang mengajar di Sungai Papan maut.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman berkata, kemalangan itu turut menyebabkan anak mangsa merupakan pemandu, Nor Nazatul Amira, 23 mengalami cedera parah, manakala seorang penumpang Juhana Ilias, 24 cedera ringan.

"Kemalangan melibatkan dua buah kenderaan membabitkan Proton Persona dengan lori pasir yang dipercayai berlaku apabila lori pasir dari arah Kota Tinggi menghala ke Belungkor telah terbabas ke kanan jalan.

"Lori pasir itu kemudiannya telah berlanggar dengan Proton Persona dinaiki mangsa yang datang dari arah bertentangan dari Belungkor ke Kota Tinggi.


"Kemalangan itu menyebabkan Proton Persona terjatuh di tebing jalan yang kedalaman 1.5 meter lalu terbakar. Manakala lori pasir terbabas dan terbalik di tebing jalan," katanya dalam satu kenyataan.

Tambah Rahmat, akibat dari kemalangan itu penumpang belakang Proton Pesona beralamat di Kampung Baru, Pasir Gogok telah meninggal dunia di klinik Sening, Adela disebabkan cedera parah di kepala.

Pemandu, penumpang hadapan serta pemandu lori pasir telah dihantar ke Hospital Kota Tinggi untuk mendapatkan rawatan.

"Hasil siasatan mendapati tempat kejadian merupakan jalan dua hala yang lurus dan terdapat garisan putus-putus ditengah jalan sebagai pembahagi jalan.

"Permukaan jalan kering manakala kawasan persekitaran merupakan kawasan ladang kelapa sawit. Tiada sebarang saksi bebas di tempat kejadian. Polis akan menahan pemandu lori pasir berkenaan berusia 38 tahun dari Taman Johor Jaya untuk membantu siasatan," katanya lagi.

jobs from my.neuvoo.com

Google+ Followers