Thursday, 1 December 2016

Buat Mesyuarat Pertama Persekolahan SELEPAS 25 Disember 2016 - Mahdzir

Berikutan banyak aduan dan rungutan daripada guru-guru berkenaan Pengetua dan Guru Besar yang memanggil warga sekolah terutama guru untuk mesyuarat kali pertama sesi persekolahan 2017 pada awal Disember, YB Menteri Pendidikan melalui TKPPM telah mengeluarkan satu peringatan nasihat agar melakukannya SELEPAS 25 DISEMBER 2017.


PERMINTAAN KPM SUPAYA SEMUA PGB MENGADAKAN MESYUARAT PERTAMA PERSEKOLAHAN 2017 di sekolah seleoas 25 Disember 2016

Berhubung dengan perkara di atas, pejabat YB Menteri Pendidikan telah menerima banyak aduan dari warga pendidik menyatakan bahawa ada PGB yang memanggil mesyuarat persediaan persekolahan 2017 pada awal bulan Disember yang mengganggu program cuti keluarga dan lain-lain aktiviti warga pendidik.

Oleh yang demikian, pihak KPM menasihatkan supaya semua PGB jika ingin mengadakan mesyuarat tersebut hendaklah dibuat selepas 25 Disember 2016.

Sehubungan dengan itu saya meminta semua PPD memaklumkan PGB masing-masing supaya akur kepada permintaan ini.

Terima kasih

Dato' Ahmad Tajudin Jab
TKPPM (Operasi)

jobs from my.neuvoo.com

1 comments so far

Tahun tuh....25 disember 2016....tq


EmoticonEmoticon

Google+ Followers