Sunday, 25 December 2016

6 Tips Persediaan Mengajar Tahun 2017

Tags

Salam sejahtera semua. Tirai 2016 bakal ditutup dalam masa beberapa hari ini manakala tirai 2017 bakal dibuka dengan pelbagai azam dan iltizam. Cikgu boleh melakukan refleksi diri dalam sesi PdP tahun 2016 dan merancang penambaikan dalam PdPc tahun 2017. Cikgu bolehlah tambah perancangan baru yang sesuai dengan Pembelajaran Abad ke-21 dan gugurkan program yang tidak berjaya menunjukkan keberhasilan murid.

Sebagai seorang guru profesional, apakah persediaan mengajar kita bagi tahun 2017?

Baiklah, saya akan berkongsi 6 Persediaan Mengajar Tahun 2017 yang telah saya lakukan semasa cuti sekolah ini. Ada kawan yang bertanya kepada saya, "Cikgu tak bercuti ke?". Jawapan saya, "Saya keluar bercuti bersama ahli keluarga dan pada masa yang sama saya meluangkan masa untuk melakukan persediaan mengajar untuk tahun depan". :)

Bagi saya, bersusah-susah dahulu, boleh bersenang-senang kemudian. :)

Apabila persediaan mantap, PdPc akan berjaya sebab modul subjek saya disiapkan selepas melihat analisis item, PILL dan pelan tindakan. Pada masa yang sama, saya tak perlu pergi ke kedai fotostat banyak kali untuk fotostat bahan PdPc saya. Kan mudah cikgu...:)

6 Persediaan Mengajar Tahun 2017

1. Bersedia dari segi mental

Berfikiran positif dan berpandangan jauh. Ingat cikgu, sikap cikgu akan menentukan kelancaran dan keberkesanan PdPc 2017 cikgu. Kalau cikgu nak senang melaksanakan PdPc tahun depan, buatlah persediaan sedikit demi sedikit semasa cuti sekolah ini agar mudah dan lancar PdPc cikgu tahun depan.

Saya bukan guru cemerlang tapi saya merupakan seorang guru yang mempunyai tanggung jawab tinggi sebab pelajar mempunyai satu persepsi positif terhadap diri saya yang bergelar GURU dan pelajar juga menaruh kepercayaan tinggi terhadap saya. Maka, menjadi amanah saya untuk memakbulkan kepercayaan pelajar terhadap PdPc saya sekaligus mengekalkan persepsi positif pelajar terhadap diri saya.

Pegangan hidup sebagai GURU :
"Pelajar saya seperti anak saya juga"

2. Analisis Item Kelas Yang Bakal Diajar

Cikgu boleh mengambil Analisis Item 2016 subjek cikgu daripada Ketua Panitia Mata Pelajaran atau GKM dan mula menganalisis kekuatan dan kelemahan murid dalam setiap item soalan. Dengan cara ini, tugasan cikgu menjadi mudah kerana cikgu sudah kenal pasti kekuatan dan kelemahan setiap murid dalam kelas tersebut.

Maka, mudahlah cikgu untuk merancang Pelan Tindakan mengikut keperluan murid. Malah, menerusi analisis item juga kita dapat melihat keberkesanan strategi PdP kita sepanjang tahun 2016. Sekiranya strategi itu berjaya maka cikgu boleh teruskan. Akan tetapi, jika strategi itu tidak berkesan maka cikgu boleh ubah modus operandinya agak murid dapat manfaat daripada strategi tersebut.


3. Senaraikan murid ikut Kumpulan Cemerlang, Kumpulan Sederhana dan Kumpulan Lemah

Cikgu boleh dapatkan markah murid dalam SAPS atau Teachers Assist. Kemudian, cikgu boleh sort out kumpulan murid ikut tahap pencapaian murid. Untuk sekolah saya, Tuan Pengetua telah menetapkan bench mark untuk setiap kumpulan ini dan GKM Bahasa telah sort out kumpulan murid agar guru mata pelajaran bahasa Melayu senang menyediakan PILL.


4. Pelan Intervensi Lima Langkah (PILL)

Selepas cikgu sudah melihat Analisis Item 2016 subjek cikgu, maka cikgu boleh merancang PILL. Dalam PILL, cikgu boleh menyenaraikan :

i. mengenal pasti sasaran murid (rujuk analisis item)
ii. memahami punca / masalah (kekangan yang dihadapi)
iii. menyenaraikan cadangan intervensi
iv. membuat prioriti intervensi (daripada cadangan yang cikgu senaraikan, pilih beberapa intervensi mengikut keutamaan)
v. menyediakan pelan tindakan


5. Pelan Tindakan

Dalam pelan tindakan, cikgu boleh menyenaraikan dengan terperinci segala intervensi yang cikgu cadangkan dalam PILL. Contohnya, kalau cadangan cikgu 'MODUL TERANCANG KARANGAN BM SPM', cikgu boleh menyediakan modul ikut tahap pencapaian murid iaitu:

i. KUMPULAN CEMERLANG - KAEDAH ImBaKuP (En. Mohd. Nasir Ibrahim)
ii.KUMPULAN SEDERHANA - KAEDAH Traffic Lights (Pn. Ainun Hasan)
iii. KUMPULAN LEMAH - KAEDAH Tampalan (Group Telegram BM Se-Malaysia)

6. Perancangan dan Penyediaan Modul

Langkah seterusnya, cikgu boleh merancang untuk memilih bahan-bahan yang sesuai untuk modul subjek cikgu.

Pastikan dalam modul tersebut cikgu:

i. meletakkan nama menarik (catchy)

Contoh : Modul Sasar A+, Modul Progresif, Modul Iltizam dsbnya (ikut kreativiti dan kesesuaian modul)

ii. ruangan indeks

iii. analisis peperiksaan UPSR / PT3 / SPM / STPM subjek tersebut

iv. selitkan kata-kata motivasi atau gambar yang bersesuaian dalam helaian modul cikgu.

v. kalau cikgu dapat bahan modul itu daripada sumber-sumber lain, nyatakan nama penyumbang dalam modul cikgu sebagai tanda penghargaan. :)

Sudah 9 tahun saya membuat modul untuk pelajar-pelajar saya. Bermula daripada modul BM kelas peralihan sehinggalah modul BM SPM. Sememangnya, modul membantu cikgu mengajar dengan mudah dan lancar sebab modul itu dihasilkan oleh cikgu subjek itu sendiri. Lebih-lebih lagi cikgu menyediakan modul ikut tahap pencapaian murid. Hasilnya, pelajar akan mendapat manfaat sepenuhnya menerusi modul terancang yang disediakan oleh cikgu. :)

Semoga artikel kali ini bermanfaat kepada cikgu sekalian. Selamat bertugas kembali 2017. :)

Disunting daripada artikel Cikgu Deeparani 

jobs from my.neuvoo.com

Google+ Followers