Friday, 18 November 2016

Tak Puas Hati Keputusan UPSR, Ibu Bapa Boleh Rayu Semakan Semula

PUTRAJAYA: Ibu bapa calon yang tidak berpuas hati dengan keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) anak mereka boleh membuat rayuan untuk semakan semula kertas peperiksaan.

Pengarah Lembaga Peperiksaan, Datin Nawal Salleh, berkata rayuan semakan dibuka mulai semalam dan boleh dibuat dalam tempoh sebulan.

"Semalam, kita menerima 20 permohonan rayuan dan ia dijangka bertambah.

"Permohonan boleh dibuat melalui sekolah atau memuat turun borang rayuan menerusi laman sesawang Lembaga Peperiksaan Malaysia dan dipos semula kepada pihak kami," katanya pada sidang media penjelasan UPSR 2016 di sini, hari ini.
Nawal berkata, bayaran RM50 dikenakan bagi setiap mata pelajaran yang ingin disemak.

Pada masa sama, beliau menasihatkan ibu bapa tidak kecewa dan menghukum anak yang tidak memperoleh semua A.

"Anak sepatutnya mengejar ilmu dan bukannya mengejar A kerana jika kita kejar ilmu, A akan datang," katanya.

Mengenai kebimbangan ibu bapa jika anak mereka gagal memasuki Sekolah Berasrama Penuh (SBP) berikutan tidak mendapat semua A, Nawal percaya itu tidak akan menjadi masalah kerana kriteria pemilihan disesuaikan dengan keputusan

jobs from my.neuvoo.com


EmoticonEmoticon

Google+ Followers