Friday, 18 November 2016

Syarat masuk SBP, MRSM perlu diubah

IPOH - Syarat kemasukan pelajar ke Sekolah Berasrama Penuh dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) perlu diubah, kata Pengerusi Jawatankuasa Exco Pendidikan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak, Datuk Dr Muhammad Amin Zakaria.

Beliau berkata langkah itu perlu diambil susulan pelaksanaan format baharu peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang menyebabkan pencapaian keputusan UPSR tahun ini kurang memberangsangkan.

"Bilangan pelajar (dapat keputusan) cemerlang agak rendah... kita perlu adil kerana ini merupakan ujian pertama menggunakan format baharu ini," katanya pada sidang media di luar persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak, di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Rozi Puteh Ismail berkata hanya seramai 363 daripada 34,713 calon UPSR 2016 di negeri ini memperoleh keputusan semua A dalam mata pelajaran yang diambil.
- Bernama
jobs from my.neuvoo.com


EmoticonEmoticon

Google+ Followers