Wednesday, 9 November 2016

Pipi koyak ditolak rakan dalam kelas

KAJANG 9 Nov. - Seorang kanak-kanak lelaki terkoyak pipi kirinya dan menerima kira-kira 50 jahitan akibat terkena tombol pintu dalam satu kejadian di sebuah sekolah agama di Kajang pada Khamis lepas.
Difahamkan kejadian pukul 9 pagi itu berlaku ketika pelajar tersebut berada di dalam bilik darjah dan kemudian didakwa terjatuh selepas ditolak rakannya lalu terkena tombol pintu kelasnya.
Mengikut kenyataan ibunya di akaun laman sosial Facebook miliknya mendapati mangsa kini berada dalam keadaan stabil.

“Kejadian itu bukan berlaku di Melaka seperti mana diviralkan sebaliknya berlaku di sebuah sekolah agama di Kajang,” kata wanita berkenaan dalam satu kenyataan di Facebook miliknya.

Utusan difahamkan bahawa tiada laporan polis dibuat berhubung kes berkenaan setakat ini. - UTUSAN ONLINE
jobs from my.neuvoo.com


EmoticonEmoticon

Google+ Followers