Monday, 14 November 2016

PIBG, guru sokong pembuli digantung sekolah


ALOR SETAR 13 Nov. - Cadangan Kementerian Pendidikan untuk mengenakan tindakan gantung persekolahan kepada pembuli mendapat reaksi positif daripada kalangan persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) dan kesatuan guru.
Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pihaknya bagaimanapun masih lagi dalam peringkat memperhalusi sebelum menguatkuasakan hukuman tersebut.

"Setakat ini, kita bersetuju hukuman akan dilakukan pada tahun sama. Jika pembuli itu didapati bersalah dan kejadian pada Mei, dia akan digantung dan tidak boleh ambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun itu.

"Itu yang kita nak (hukuman gantung) dan setakat ini dipersetujui ibu bapa dan pengurusan sekolah. Perkara ini masih dikaji suatu jawatankuasa tertinggi kementerian," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyampaian Anugerah Hari Koperasi Sekolah (HKS) dan Konvensyen Pembudayaan Keusahawanan Koperasi Sekolah (KPKKS) Peringkat Kebangsaan 2016 di sini malam tadi.

Yang hadir sama, Timbalan Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Hawa Mohamed Salleh dan Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), Datuk Abdul Fattah Abdullah.

Pada 16 Oktober lalu, Kementerian Pendidikan mempertimbangkan cada­ngan untuk mengenakan tindakan gantung persekolahan selama setahun kepada pembuli yang didapati melakukan kesalahan serius sebagai alternatif hukuman buang sekolah. - UTUSAN ONLINE


jobs from my.neuvoo.com


EmoticonEmoticon

Google+ Followers