Wednesday, 2 November 2016

Muat Turun Jadual Lengkap Peperiksaan SPM 2016

PUTRAJAYA - Seramai 434,535 orang calon bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di seluruh negara pada tahun ini di 3,732 pusat peperiksaan bermula 7 November hingga 6 Disember ini.
Menurut kenyataan Kementerian Pendidikan hari ini, seramai 32,220 petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar seperti dijadualkan.

"Seramai 377,194 orang atau 86.8 peratus adalah calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan manakala calon sekolah di bawah agensi kerajaan selain Kementerian Pendidikan seperti Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) seramai 9,094 orang (2.1 peratus).

"Calon sekolah menengah agama negeri 7,931 (1.8 peratus), calon sekolah swasta yang berdaftar dengan kementerian 12,847 (3.0 peratus); calon persendirian 25,713 (5.0 peratus) dan calon sekolah menengah agama rakyat 1,756 (0.3 peratus)," jelas kenyataan itu.

Lembaga Peperiksaan turut mengingatkan semua calon agar merujuk kepada jadual waktu peperiksaan untuk maklumat mengenai masa peperiksaan serta arahan dan amaran yang perlu dipatuhi semasa SPM berlangsung.

Jadual waktu peperiksaan boleh dimuat turun daripada laman web Lembaga Peperiksaan di alamat http://lp.moe.gov.my atau klik sahaja di SINI

jobs from my.neuvoo.com


EmoticonEmoticon

Google+ Followers