Friday, 4 November 2016

KPM jawab isu guru SJKT cabul 9 murid di Parlimen

KUALA LUMPUR: Terdapat 15 kes guru mencabul kehormatan pelajar antara 2010 hingga 2016, Kementerian Pendidikan memberitahu sidang Dewan Rakyat hari ini.

Kementerian itu berkata demikian sebagai mengulas soalan Teo Nie Ching (DAP-Kulai), yang meminta jumlah aduan diterima berhubung kes guru dituduh mencabul kehormatan pelajar dan apakah tindakan yang diambil terhadap mereka.
Kementerian itu berkata, guru-guru yang terlibat dalam kes cabul dipindahkan ke daerah lain dan diletakkan di bawah pengawasan serta pemantauan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN).

“Para pelajar yang terlibat diberi kaunseling oleh kaunselor sekolah,” kata kementerian itu dalam satu jawapan bertulis.

Teo juga bertanya mengenai seorang guru yang didakwa mencabul 9 pelajar di sebuah sekolah di Hulu Selangor, dan ingin tahu apakah tindakan yang diambil terhadapnya.

“JPN akan mengambil tindakan selepas mahkamah membuat keputusan,” jawab kementerian itu.

Isu seorang guru di Hulu Selangor terbongkar pada Mei apabila seorang murid tahun 5 melaporkan salah laku itu kepada guru lain.

Akhbar harian Tamil Makkal Osai mendakwa guru berkenaan melakukan perbuatan keji itu selama beberapa bulan dan seramai 9 murid dikenal pasti menjadi mangsa, menurut laporan akhbar harian.

jobs from my.neuvoo.com


EmoticonEmoticon

Google+ Followers