Thursday, 24 November 2016

Kelas terlampau padat, emosi guru perlu diambil kira...

Gambar hiasan
BANGI – Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) perlu bertegas dalam isu agihan murid untuk sekolah di setiap kawasan.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Bandar Seri Putra (SKBSP), Mohammad Rozie Mohd Rejab berkata, agihan perlu dilakukan bagi mengelakkan lambakan murid pada satu-satu sekolah.
“Kita juga perlu memikirkan emosi guru disebabkan kelas makin padat, bagaimana mereka mahu beri tumpuan kepada pengajaran jika setiap kelas terdapat lebih 40 murid. Ia juga akan beri kesan kepada prestasi murid.

“Perkara ini perlu diberi perhatian dan saya berhasrat mahu bawa isu ini kepada PPD,” katanya.

Menurutnya, SKBSP juga sudah padat dan jika dikaji dengan teliti sekurang-kurangnya dua sekolah perlu dibina di kawasan ini bagi menampung jumlah pelajar yang semakin meningkat.
“Setiap tahun bilangan penduduk bertambah apabila ada perumahan baru yang dibuka, namun tiada penambahan sekolah bagi menampung jumlah murid yang semakin ramai.

“Sekolah yang didirikan sejak 2009 itu kini menampung 2,600 murid dan jumlah tersebut terus meningkat berbanding tahun lalu.

“Peningkatan itu disebabkan pembangunan kawasan perumahan di sekitar kawasan tersebut. Antaranya Bangi Avenue, Bandar Puteri dan Putra One, manakala sekolah yang ada di sekitar kawasan ini pula adalah SKBSP, SK Bukit Mahkota dan SK Pekan Bangi,” katanya.

Mohammad Rozie berkata, walaupun isu kelas padat sudah dibangkitkan sejak dua tahun lalu namun masih tiada lagi pembinaan bangunan tambahan dibina.

Katanya, jika pihak berkaitan mahu membina bangunan baharu bagi menampung pelajar, pihaknya sanggup mengorbankan padang sedia ada.

“Ada pemaju perumahan tawar pembinaan sekolah, namun pembinaan sekolah ini adalah keputusan kementerian berkaitan,” katanya.

GPS Bestari/Cikgu Share
jobs from my.neuvoo.com


EmoticonEmoticon

Google+ Followers