Saturday, 5 November 2016

Guru didakwa rogol murid ditempatkan di PPD

Putrajaya: Guru disiplin yang dituduh merogol tiga murid sebuah sekolah di Telupid, Sabah, masih tidak dibenarkan kembali bertugas di sekolah dan kini diletak di bawah pengawasan khusus kementerian.

Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Chong Sin Woon berkata, guru berusia 53 tahun itu kini ditempatkan di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) sehingga siasatan terhadap pertuduhannya selesai, terutama oleh polis.

"Kami tidak akan benarkan dia ditempatkan di sekolah," katanya mengulas laporan waris kanak-kanak berusia sembilan dan 10 tahun terbabit yang mendakwa guru berkenaan kembali bertugas di sekolah berkenaan.

Guru itu dilepaskan dengan jaminan polis.

Chong yang bercakap selepas menutup Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Kementerian Pendidikan di sini, hari ini, turut mengulas saranan beberapa pihak, antaranya ibu bapa mangsa dan anggota Parlimen yang mahu tindakan lebih keras dikenakan berbanding hanya memindahkan guru itu ke sekolah lain.

Menurutnya, guru itu tidak boleh dibuang kerja selagi kesalahannya tidak dibuktikan mengikut undang-undang walaupun kementerian mempunyai kuasa memecat kakitangan yang melakukan kesalahan.


jobs from my.neuvoo.com


EmoticonEmoticon

Google+ Followers