Thursday, 3 November 2016

Guru boleh guna permainan baharu dalam Microsoft dalam kelas

WASHINGTON - Golongan pendidik kini boleh menggunakan Minecraft di dalam bilik darjah susulan pelancaran permainan baharu 'Education Edition'.

Syarikat teknologi gergasi, Microsoft bersama Mojang telah mengedarkan versi Minecraft Education Edition di lebih 50 negara beberapa bulan selepas mengumumkan rancangan mereka untuk menggunakan permainan popular itu untuk tujuan pembelajaran.
Difahamkan, permainan itu juga boleh digunakan untuk pengajaran pelbagai subjek termasuk sains, matematik, sastera dan seni.

Menurut pendidik yang pernah menggunakannya sebelum ini, permainan itu mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan selain menggalakkan penyertaan murid untuk terlibat dalam kegiatan kurikulum.

Layari web Mincraft Education untuk video-video latihan dan muat turun permainan di SINI
jobs from my.neuvoo.com


EmoticonEmoticon

Google+ Followers