Tuesday, 22 November 2016

Cadangan hapus UPSR hanya akan dimuktamadkan tahun hadapan

KUALA LUMPUR: : Cadangan untuk menghapuskan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) atau tidak hanya akan dimuktamadkan pada tahun depan.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, buat masa kini pihaknya masih lagi membuat analisis berasakan pandangan yang dikemukakan pihak berkepentingan termasuk ahli akademik.
"Kita masih lagi membuat kajian di peringakat Kementerian dan belum dikemukakan kepada Kabinet. Sama ada kita akan hapus atau tidak (UPSR) hanya akan diumumkan pada tahun depan.

"Analisis pandangan ini meliputi pelbagai pihak termasuk para profesor dan ramai lagi. Saya juga pergi ke Perancis untuk melihat sendiri sistem pendidikan di negara itu," katanya kepada pemberita di lobi Dewan Rakyat di sini hari ini.
Cadangan transformasi pendidikan negara itu timbul lantaran Kerajaan melihat sistem pendidikan negara terlalu berpaksikan peperiksaan.

Menurutnya, analisis cadangan tersebut hanya dilaksanakan di peringkat kementerian dan belum dikemukakan ke Kabinet.

Tambahnya, antara negara luar yang menjadi penanda aras kepada Kementerian Pendidikan (KPM) termasuk Korea Selatan, Perancis dan Finland.


jobs from my.neuvoo.com


EmoticonEmoticon

Google+ Followers