Friday, 28 October 2016

Video: Leka Bermain Telefon, Pelajar Perempuan Diragut

PETALING JAYA – Kelekaan seorang remaja wanita yang terlalu ‘khusyuk’ menggunakan telefon bimbit akhirnya menyebabkan dia diragut oleh penjenayah.

Oriental Daily News melaporkan, dalam kejadian minggu lalu itu, mangsa yang merupakan pelajar berbangsa Cina di sebuah sekolah menengah dikatakan sedang berjalan kaki menuju ke sekolah bersama-sama seorang rakan.
Kejadian yang berjaya dirakam CCTV itu memperlihatkan mangsa pada ketika itu terlalu asyik bermain telefon bimbitnya sehingga tidak menyedari kehadiran peragut, sebelum telefonnya dirampas penjenayah terbabit.

Paparan video tersebut jelas menunjukkan, muncul dua orang perompak yang bermotosikal dengan pantas menghampiri mangsa.

Salah seorang penjenayah itu kelihatan melompat dari motosikal dan bertindak merampas telefon bimbit mangsa.

Biarpun mangsa cuba melawan sehingga berlaku pergelutan dengan peragut, bagaimanapun lelaki terbabit sempat menarik mangsa di bahagian belakangnya sehingga menyebabkan mangsa terjatuh atas lantai.

Ketika itulah peragut terbabit, segera mengambil telefon bimbit itu sebelum melarikan diri.

Kejadian menyebabkan uniform sekolahnya koyak teruk dan mujurlah kecederaan yang dialaminya tidak terlalu serius.

jobs from my.neuvoo.com


EmoticonEmoticon

Google+ Followers