Friday, 14 October 2016

Sekolah terima panggilan bom palsu

SUNGAI PETANI - Ratusan pelajar dan kakitangan Sekolah Menengah Kebangsaan Bakar Arang, di sini, gempar sebaik dikejutkan dengan satu panggilan ancaman bom jam12. 30 tengah hari, tadi.

Pelajar sekolah berkenaan terpaksa menangguhkan sesi pembelajaran apabila diarahkan berhimpun di padang sekolah gara-gara panggilan palsu itu.

Bagaimanapun, sebaik pemeriksaan dilakukan, pihak polis tidak menemui sebarang objek meragukan dan operasi sekolah diteruskan seperti biasa.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata, siasatan awal mendapati panggilan ancaman bom itu dilakukan perempuan tidak dikenali yang memaklumkan terdapat bom di bangunan terbabit.

Katanya, sebaik menerima maklumat berkenaan, sepasukan polis Unit Pemusnah Bom dan Unit Anjing Pengesan (K9) dikerah ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan.

"Selepas pemeriksaan dijalankan, kita mendapati tidak ada sebarang objek yang meragukan di bangunan sekolah berkenaan," katanya kepada pihak media, di sini.

Menurutnya, sebaik kawasan disahkan selamat pada jam 2.30 petang, semua pelajar dan kakitangan sekolah dibenarkan memasuki semula ke bangunan dan beroperasi seperti biasa.

Md Zukir berkata berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menakutkan secara jenayah.

"Pengetua sekolah berkenaan ada membuat laporan mengenai kejadian ini," katanya.

Sementara itu, pelajar tingkatan tiga, Nur Adlina Azizan,15, berkata, dia dan beberapa rakan lain tidak tahu mengenai panggilan bom itu dan menyangka mereka diarah berkumpul di padang untuk latihan kebakaran.

“Kami dengar loceng penggera dan guru mengarahkan kami berkumpul di padang sekolah. Selepas berada di padang, baru kami tahu mengenai panggilan bom berkenaan," katanya.
jobs from my.neuvoo.com


EmoticonEmoticon

Google+ Followers