Saturday, 22 October 2016

Penjawat Awam perlu berterima kasih - CUEPACS

KUALA LUMPUR: Walaupun berada dalam keadaan sukar, kerajaan masih mampu memenuhi sebahagian permintaan dikemukakan CUEPACS termasuk memberi sagu hati RM500 kepada 1.6 juta penjawat awam kata Presidennya, Datuk Azih Muda.
Justeru, beliau berharap penjawat awam berterima kasih dengan insentif dan peruntukan disediakan kepada mereka seperti yang terkandung dalam Bajet 2017 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, petang tadi.

"Secara keseluruhan, CUEPACS berterima kasih kepada kerajaan dengan Bajet 2017. Maka, kita berharap seluruh penjawat awam juga begitu kerana dalam keadaan ekonomi tidak menentu dan sukar, kerajaan tetap tidak lupa kepada penjawat awam yang sentiasa memberikan perkhidmatan kepada kerajaan serta rakyat.

"Penjawat awam perlu sedar jika kerajaan berkemampuan, kerajaan akan sumbang lebih kepada kita, maka kita perlu terima hakikat ini dan berterima kasih," katanya pada sidang media di lobi Parlimen.

Azih berkata, CUEPACS mengalu-alukan langkah kerajaan mewujudkan gred baharu khusus untuk doktor pakar dan pakar pergigian iaitu Gred 56 dan kemudahan cuti bergaji penuh ketika menyambung pengajian peringkat tinggi.

jobs from my.neuvoo.com


EmoticonEmoticon

Google+ Followers