Thursday, 20 October 2016

Murid tahun enam tertusuk gunting di kening ketika dalam kelas

SABAK BERNAM 19 Okt. – Seorang murid tahun enam Sekolah Kebangsaan Khir Johari di sini berdepan detik mencemaskan apabila sebilah gunting tertusuk pada bahagian kening kanannya ketika sesi persekolahan tengah hari semalam.

Menurut sumber, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 12 tengah hari semasa murid terbabit yang dikenali sebagai Asraf Saiefuddin Nuri Shamsuddin, 12, mengikuti Program Pasca Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di sekolah berkenaan yang terletak di Jalan Raja Chulan, sini.

"Kejadian berlaku ketika murid tersebut mengikuti aktiviti Pendidikan Seni sebagai pengisian program selepas UPSR.
"Difahamkan, semasa dia hendak ke meja rakannya, dia terjatuh selepas tersadung kaki meja lalu menyebabkan gunting yang dipegangnya tertusuk pada bahagian kening kanannya," kata sumber itu ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambah sumber itu, ibu bapa murid berkenaan sudah dimaklumkan tentang kejadian tersebut manakala laporan bertulis daripada pihak sekolah kepada pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sabak Bernam juga sudah dibuat.

Ketika ini, kata sumber itu, murid terbabit dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut. - UTUSAN ONLINE
jobs from my.neuvoo.com


EmoticonEmoticon

Google+ Followers