Thursday, 27 October 2016

Muat Turun Kertas Konsep, Instrument Pemantauan, Format Laporan PIBK


Anjakan ke Sembilan, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah menetapkan bahawa pelibatan ibu bapa, komuniti dan pihak swasta perlu diperluaskan dan diperkasakan peranannya. Perubahan persekitaran pendidikan semasa menuntut pelibatan ibu bapa, komuniti malah pihak swasta yang lebih aktif.
Ekosistem pembelajaran di abad ke-21 telah mengubah konsep pendidikan berasaskan sistem sekolah kepada sistem pembelajaran (learning system) yang lebih luas cakupannya. Dalam ekosistem pembelajaran terkini, pembelajaran boleh berlaku dimana-mana dan pada bila-bila masa.

“kajian yang dijalankan oleh Centre for Social Organisation of Schools di Amerika Syarikat mendapati sekolah yang melibatkan kumpulan komuniti menikmati manfaat termasuk penurunan kadar ponteng sekolah, kadar menyiapkan kerja sekolah yang lebih tinggi, dan pencapaian gred yang lebih baik dalam kalangan murid.”

KPM berusaha untuk melaksanakan peluasan agar pelaksanaan Pelibatan Ibu Bapa dan Komuniti bergerak lebih menyeluruh. Pada awal pelaksanaan PPPM, pihak
sekolah dan ibu bapa telah dibekalkan dengan sarana sekolah dan sarana ibu bapa.

KPM kini mempunyai 96 jurulatih utama PIBK untuk membantu dan membimbing pemimpin dan guru sekolah untuk menarik lebih ramai ibu bapa untuk menyertai aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh sekolah. Selain itu, peratus kehadiran ibu bapa dalam 6 aktiviti iaitu Hari Pendaftaran, Hari Penetapan Target, Mesyuarat Agung Tahunan PIBG, Hari Pelaporan, Hari Sukan dan Hari Anugerah utama sekolah telah dijadikan KPI setiap sekolah.

Muat Turun:

1. KERTAS KONSEP PIBK
2. INSTRUMEN PEMANTAUAN PIBK DI SEKOLAH
3. FORMAT LAPORAN PIBK

jobs from my.neuvoo.com


EmoticonEmoticon

Google+ Followers