Monday, 10 October 2016

Model ASIE bantu kurang beban tugas guru

MODEL Reka Bentuk Pengajaran Integral ASIE yang dibangunkan oleh Penasihat Pendidikan Utusan Malaysia, Dr. Ismail Zain dapat membantu mengurangkan beban tugas guru terutama dalam proses merancang pengajaran dan pembelajaran (PdP) abad ke-21.

Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Rompin, Halijah Abd Manap berkata, Model ASIE membantu mengurangkan bebanan guru kerana model ini menyediakan kemudahan merancang pengajaran dengan lebih sistematik, mudah dan cepat.

“Malah, model atas talian ini juga menyediakan kemudahan perkongsian ilmu dan kepakaran melalui fitur Perkongsian Profesionalisme Komuniti (PLC) yang sedang giat dilaksanakan di seko­lah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Perkongsian Profesionalisme Gu­ru anjuran Ahli Jawatankuasa (AJK) Majlis Guru Besar Luak Palong Negeri Sembilan di SK Palong 7, Gemas, baru-baru ini.

Dalam program itu, Dr. Ismail memberi pencerahan tentang stra­tegi PdP abad ke-21 dan apli­kasi Model ASIE dalam PdP.
Model ASIE mendapat verifikasi daripada pakar pendidik dari dalam dan luar negara.
Artikel berkaitan Model ASIE juga telah diterbitkan dalam beberapa jurnal antarabangsa.

Bagi guru Matematik SK Palong 7, Airsebrina Ahmad, Model ASIE amat berguna kepada guru-guru sekarang kerana perancangannya boleh berlaku di mana-mana sahaja merentasi masa dan tempat.

Sependapat dengan Airsebrina, guru Sains SK Palong 5, Mohd. Shamsul Abd. Rashid menambah, Model ASIE dapat memperkembang kemahiran murid tetapi memerlukan komitmen guru dalam menjayakannya.

Selain itu, peserta juga disarankan dengan strategi-strategi yang sesuai untuk mengintegrasikan pembelajaran abad ke-21 ini dalam perancangan guru di bilik darjah.

Guru Besar SK Palong 1 merangkap Pengerusi Luak/Zon Palong, Razali Saadan berharap, pendedahan yang berterus berkaitan pembelajaran abad ke-21 akan mendorong guru-guru meningkatkan penggunaannya ke tahap yang lebih memberangsangkan.

Pendapat ini disokong Guru Besar SK Palong 7, Che Wahid Che Long yang mengatakan pendedahan kepada pihak pentadbir ter­utama guru besar mampu meningkatkan lagi keberkesanan pemantauan PdP guru.

Dalam pada itu, Dr. Ismail berkata, versi baru Model ASIE yang dihasilkan setelah melalui ujian rintis di beberapa buah seko­lah di Daerah Batu Pahat, Johor dan di Kuala Selangor akan dikeluarkan dalam tempoh terdekat.

“Diharap sekolah-sekolah di Ne­geri Sembilan akan menjadi sekolah yang pertama di Malaysia menggunakan model baharu ini dengan usaha bersama Majlis Guru Besar Negeri Sembilan dan pihak-pihak yang berkaitan,” ujarnya.

Ketahui mengenai model ASIE di sini

Sumber : Utusan
jobs from my.neuvoo.com


EmoticonEmoticon

Google+ Followers