Friday, 14 October 2016

Kementerian Pendidikan mohon maaf tunggakan elaun

KOTA BHARU - Kementerian Pendidikan Malaysia memohon maaf di atas tunggakan Elaun Wang Saku Pelajar Matrikulasi (EWSP) yang tertunggak sejak Ogos hingga Oktober 2016.
Timbalan Menteri Pendidikan Satu, Datuk P Kamalanathan berkata, pihaknya akan menyelesaikan masalah tunggakan tersebut minggu depan.

"Kita akan selesaikan masalah ini, 18 Oktober depan semua pelajar akan dapat elaun tertunggak ini sekali gus, kita mohon maaf.

"Kita akan buat apa yang patut dalam bidang kuasa kita pastikan perkara ini tak berulang lagi, "katanya selepas merasmikan Larian Cergas Ceria Dutch Lady 2016 di Sekolah Kebangsaan Dato' Hashim di sini, hari ini.

Seramai 21, 000 pelajar matrikulasi dari 15 buah sekolah di seluruh negara berdepan tunggakan EWSP yang melibatkan RM15.75 juta.

jobs from my.neuvoo.com


EmoticonEmoticon

Google+ Followers