Thursday, 6 October 2016

Kekal tuntutan dua bulan bonus untuk penjawat awam - CUEPACS

Kota Bharu: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mengekalkan tuntutan supaya kerajaan dapat menimbangkan pemberian dua bulan bonus kepada penjawat awam di negara ini.

Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, tuntutan pemberian dua bulan daripada kerajaan adalah angka yang relevan pada masa ini walaupun dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang.

"Kita tahu kalau kerajaan tidak bagi bonus ini dengan alasan ekonomi dan sebagainya, rakyat yang di bawah termasuk penjawat awam ini merasa kecewa.
"Kita merayu kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) dan kerajaan supaya dalam keadaan apa sekalipun untuk pembukaan penggal baru persekolahan 2017 dan memasuki tahun baru, kerajaan harus menimbang tuntutan pemberian bonus kepada seluruh warga penjawat awam," katanya pada sidang media selepas majlis penerangan isu semasa penjawat awam di Dewan Serbaguna Ibu pejabat Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) di Lundang di dini, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya menaruh harapan tinggi kepada kerajaan supaya dapat memberikan dua bulan bonus dan penjawat awam sentiasa komited dalam perkhidmatan terbaik untuk rakyat.


jobs from my.neuvoo.com


EmoticonEmoticon

Google+ Followers