Sunday, 16 October 2016

Gantung sekolah & ke pusat pemulihan untuk pembuli di sekolah - Mahdzir

PADANG TERAP: Kementerian Pendidikan mencadangkan pelajar yang terbabit dalam kegiatan buli kategori serius, digantung persekolahan setahun.
Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata cadangan penggantungan itu adalah saranan terbaik bagi membendung kegiatan buli yang disifatkan amat serius sejak kebelakangan ini, terutama membabitkan pelajar senior dan junior.

Beliau berkata, kementerian memberi tempoh sebulan bagi mendapatkan reaksi pihak berkepentingan, termasuk komuniti mengenai cadangan terbabit sebelum dikuatkuasakan Januari ini.

"Kementerian berhasrat melaksanakan langkah ini secepat mungkin dan kita akan menerima pandangan serta reaksi semua pihak dalam masyarakat berhubung cadangan ini.

"Pembuli yang digantung diwajibkan untuk membabitkan diri dengan kerja kebajikan atau memasuki pusat pemulihan akhlak dalam tempoh penggantungan sebagai syarat diterima masuk semula ke sekolah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Kasihi Pekebun dan Penyampaian Bantuan Projek Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) serta Laman Kebun RISDA Daerah Padang Terap di Kampung Lubok Merbau, dekat Pedu, di sini, hari ini.

jobs from my.neuvoo.com


EmoticonEmoticon

Google+ Followers