Saturday, 1 October 2016

Dinoda pelajar senior di sekolah, KPM serah kepada polis - Mahdzir

Sekadar foto hiasan
TANJONG KARANG - Kementerian Pendidikan menyerahkan kepada polis untuk menyiasat kes dua pelajar senior yang didakwa merogol seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun dalam kawasan sekolah di Jasin, Melaka, Selasa lepas.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata pihaknya memandang serius kejadian itu, apatah lagi ia berlaku ketika mangsa berada dalam kawasan sekolah.

"Kalau benar, ini adalah kes jenayah dan ia mesti diambil tindakan polis.
Pasa masa sama, kementerian menyerahkan kepada Jabatan Pendidikan Melaka untuk menjalankan siasatan dalaman," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Terdahulu, beliau merasmikan penutupan program 'Kenduri Rakyat Guru Aktif Pembina Negara Bangsa Negeri Selangor' di Sekolah Kebangsaan Parit Serong di sini.

Difahamkan, dalam kejadian pada jam 2.30 petang itu, dua pelajar lelaki, masing-masing berusia 14 dan 15 tahun, didakwa merogol mangsa dalam bilik stor sekolah tersebut.

Bagaimanapun, seorang kakitangan pentadbiran yang kebetulan melalui bilik stor itu terdengar bunyi teriakan dan bergegas menyelamatkan mangsa. - Bernama

jobs from my.neuvoo.com


EmoticonEmoticon

Google+ Followers