Friday, 21 October 2016

Campak ular: Polis percaya ada unsur dera

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak menolak kemungkinan kejadian sekumpulan murid dipaksa berjalan dalam kolam yang dicampak ular ada unsur penderaan.
Beliau menjelaskan, pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian terbabit yang dianggap tidak wajar dilakukan terhadap murid sekolah.

Menurutnya, peserta yang terbabit dalam program jati diri itu adalah murid dan bukannya anggota tentera, polis atau komando yang memerlukan latihan keras.

“Polis masih menjalankan siasatan menyeluruh mengenai kejadian dan orang yang merakam video berkenaan diminta tampil bagi membantu siasatan,” katanya.

Insiden anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mencampakkan ular ke dalam kolam menjadi viral di media sosial sejak beberapa hari lalu.

Tidak hanya dipaksa mengharungi kolam yang dicampak ular, murid turut mendakwa di bawa ke tanah perkuburan Kristian pada jam 2 pagi.

Tindakan tersebut telah menyebabkan 45 murid dari Sekolah Kebangsaan Beluru, Kuala Kangsar, Perak berada dalam keadaan trauma.

jobs from my.neuvoo.com


EmoticonEmoticon

Google+ Followers