Monday, 17 October 2016

Cadangan gantung sekolah setahun untuk pembuli terlalu lama - Lee Lam Thye

KUALA LUMPUR 17 Okt - Aktivis sosial Tan Sri Lee Lam Thye berkata cadangan menggantung persekolahan selama setahun bagi pelajar yang membuli pelajar lain adalah tempoh terlalu panjang dan boleh menjurus kepada pelbagai implikasi.


Beliau sebaliknya mencadangkan tempoh penggantungan lebih pendek iaitu sekitar tiga bulan.

"Dalam masa (penggantungan) setahun ini apa yang akan berlaku kepada pelajar berkenaan? Siapa yang akan bertanggungjawab menjaga mereka?

"Saya rasa hal ini tentu akan menyusahkan ibu bapa serta mendatangkan implikasi kepada pelbagai pihak lain termasuk agensi kerajaan dan pihak berkuasa," katanya kepada Bernama.

Beliau mengulas cadangan itu yang dibuat oleh Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid baru-baru ini yang berkata tindakan tegas perlu dikenakan sebagai pengajaran terhadap pelajar yang membuli.-BERNAMA

jobs from my.neuvoo.com


EmoticonEmoticon

Google+ Followers