Wednesday, 19 October 2016

Buli: Gantung sekolah boleh, tapi jangan bercanggah dengan hak pelajar

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan perlu memastikan cadangan menggantung persekolahan selama setahun ke atas pelajar yang membuli pelajar lain tidak menafikan hak asasi kanak-kanak untuk mendapatkan pendidikan.

Pakar undang-undang keluarga, wanita dan kanak-kanak dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Datuk Noor Aziah Mohd Awal berkata tindakan menggantung pelajar pembuli itu juga perlu dipastikan tidak bercanggah dengan sistem keadilan jenayah untuk pesalah kanak-kanak yang sedia ada.

"Walau apa pun yang terjadi atau apa sahaja kesalahan yang dilakukan, hak kanak-kanak iaitu mereka yang berusia 18 tahun ke bawah tidak boleh dinafikan hak mereka untuk mendapatkan pendidikan. Walau apa cara sekali pun atau apa sahaja kesalahan yang dilakukan.
"Kalau sekolah ambil keputusan lebih awal sebelum dibawa ke mahkamah, atau sekiranya sekolah hendak cuba uruskan sendiri dengan menggantung pelajar dari belajar itu bermakna sekolah sendiri menafikan hak anak itu untuk belajar," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid sebelum ini berkata Kementerian Pendidikan mencadangkan agar pelajar sekolah rendah dan menengah yang membuli pelajar lain digantung persekolahan mereka selama setahun.

Mahdzir berkata kementerian bersedia untuk mendapat maklum balas daripada semua pihak terhadap cadangan berkenaan dan sekiranya cadangan itu dipersetujui, kementerian mungkin akan melaksanakannya pada Januari tahun hadapan.

Dalam pada itu, Noor Aziah berkata penubuhan sekolah dalam penjara atau Sekolah Integriti dan Sekolah Henry Gurney bagi pesalah muda atau pesalah juvana jelas membuktikan kanak-kanak perlu meneruskan persekolahan walau apa sahaja kesalahan yang dilakukan.

Katanya sebaliknya kanak-kanak tersebut perlu diberi ruang dan dibimbing, dan bukannya dijatuhkan hukuman.

"Mesti ada sebab di mana-mana yang menjadikan dia (kanak-kanak membuli) begitu. Kita sebagai anggota masyarakat dan ibu bapa perlu bertanggungjawab terhadap anak-anak kita yang membuli anak orang lain," katanya.

Sementara itu, Pengarah Institut Jenayah dan Kriminologi di Universiti Help Datuk Akhbar Satar berpandangan tindakan menggantung persekolahan selama setahun itu boleh menyebabkan kanak-kanak yang membuli terlibat dengan kesalahan yang lebih berat seperti mencuri, penyalahgunaan dadah dan sebagainya.

"Memang dinyatakan pelajar akan dilibatkan dengan kerja kebajikan atau memasuki pemulihan akhlak sepanjang tempoh penggantungan, namun mampukah kawal mereka selama setahun itu?," katanya.

Akhbar berkata antara tindakan yang boleh diambil adalah men

jobs from my.neuvoo.com


EmoticonEmoticon

Google+ Followers