Wednesday, 19 October 2016

Bukan buang sekolah, tapi hanya gantung untuk tahun semasa - Mahdzir


Berikutan dengan beberapa respon berkenaan cadangan Menteri Pendidikan, Dato Seri Mahdzir Khalid berkenaan gejala buli serta hukuman gantung sekolah, beliau telah membuat satu penjelasan ringkas di laman Facebook beliau

KPM tidak berhasrat utk ambil tindakan buang sekolah terhadap para pelajar yang terlibat dengan kes buli.

Malah saya berpendapat bahawa pelajar perlu dididik dan bukannya dihukum / disisih secara berterusan.

Dalam tempoh penggantungan (tahun semasa) para pelajar yang terlibat dengan kes buli yang serius, mereka akan dididik dengan nilai2 sahsiah, motivasi serta disiplin diri di institusi pemulihan.

Di samping itu, ibu bapa kepada pelajar yang terlibat juga akan dipanggil untuk sesi kaunseling agar wujud hubungan yang erat dengan pihak sekolah dalam menangani displin pelajar tersebut serta pemantauan perkembangan mereka.

Perincian kepada kaedah ini akan dijelaskan oleh pihak KPM sebelum tahun hadapan.

Respon beliau ini berdasarkan beberapa laporan akhbar yang anda boleh baca di sini:




jobs from my.neuvoo.com


EmoticonEmoticon

Google+ Followers