Friday, 21 October 2016

APM siasat jurulatih, murid ‘trauma’ dipaksa ke kubur 2 pagi

KUALA LUMPUR, 20 Okt — Jurulatih Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang membawa sekumpulan murid ke kubur pada 2 pagi, sehingga mereka trauma, akan disiasat.

Kolonel pasukan itu Mohd Noor Hassan Ashari Sulaiman berkata APM menyiasat dakwaan murid dipaksa pegang batu nisan Islam dan duduk sebelah gambar di kubur Kristian.

“Tetapi saya difahamkan kalau latihan kubur itu duduk di kubur, tidak begitu. [Latihan] mereka mengikut umur, tujuannya hendak mengatasi ketakutan, hendak atasi rasa gerun, kebimbangan.

“Ada fikir kegelapan satu yang membimbangkan, tetapi kalau kita tahu, kita atasi, itu yang kita usahakan,” katanya kepada portal Astro Awani hari ini.
Beliau mengulas isu murid-murid Sekolah Kebangsaan Beluru di Kuala Kangsar yang bukan sahaja berdepan dengan ular sawa, malah dipaksa ke kawasan perkuburan.

Seorang peserta perempuan mendakwa dirinya trauma selepas dibawa ke sebuah tanah perkuburan Kristian selepas tengah malam.

“Pukul 2 pagi mereka kejut, selepas itu kawat kaki, lepas itu mereka bawa pergi berjalan dekat kubur,” kata murid darjah enam, yang enggan dikenali, kepada portal itu.

“Jurulatih kata, ‘kalau kubur orang Kristian, duduk sebelah gambar; kalau kubur orang Melayu, kena pegang batu nisan’.

“Saya terlalu takut, lepas itu menangis, saya macam trauma sebab selepas balik, saya menangis teringat semua benda yang jadi di program APM.”

Mengulas lanjut, Mohd Noor Hassan berkata program berjalan tengah malam yang dinamakan slot “burung hantu” memang sedia ada dalam modul latihan mereka.

Namun beliau tidak pasti arahan-arahan lain yang diberikan kepada kumpulan murid tersebut.

Sebelum ini viral di internet video jurulatih APM mencampakkan ular ke dalam kolam yang terpaksa dilalui 45 murid sehingga mereka menjerit-jerit ketakutan.

Susulan kecaman ramai, yang menganggap ia “keterlaluan”, “tidak wajar” dan “ekstrem”, APM Perak menggantung khidmat 10 jurulatih yang terlibat dalam insiden tersebut.

jobs from my.neuvoo.com


EmoticonEmoticon

Google+ Followers