Wednesday, 12 October 2016

615 kes pelajar hamil direkodkan di Perak

IPOH: Sebanyak 615 kes atau 78 peratus daripada 787 kes remaja hamil yang mendapatkan perkhidmatan kesihatan di Jabatan Kesihatan Perak sepanjang tahun lalu, terdiri daripada pelajar sekolah.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Pembangunan Baharu negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon, berkata seramai 411 pelajar sekolah berkenaan bagaimanapun sudah berkahwin manakala yang berkahwin dan tidak bersekolah (120 orang); tidak berkahwin dan bersekolah (204 orang) serta tidak berkahwin dan tidak bersekolah (52 orang).

Namun begitu, katanya, beliau menjangka bilangan remaja hamil itu lebih tinggi kerana ramai yang tidak pergi ke klinik kerajaan bagi mendapatkan rawatan terutama di kalangan mereka yang masih bersekolah.

"Jika melihat 787 kes yang dilaporkan, ia hanya 2.6 peratus berbanding dengan 30,607 kes ibu mengandung di negeri ini tahun lalu.

"Angka ini mungkin nampak kecil tetapi kerajaan negeri memandang serius setiap kes remaja hamil," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Generasiku Sayang di Bilik Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) 1A, Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Beliau berkata, sebanyak lapan kes pembuangan bayi dilaporkan di Perak sejak awal tahun lalu sehingga bulan lalu iaitu lima kes tahun lalu dan tiga kes bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini.
Dr Hang Soon berkata, kerajaan kini dalam proses untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut dan mengumpul data mengenai remaja hamil untuk mencari jalan penyelesaian sehingga ke akar umbi.

Beliau juga berkata, sehingga kini seramai 17 ibu yang hamil ditempatkan di Pusat Jagaan Sinar Kasih di Batu Gajah dekat sini dan sejak perkhidmatan 'baby hatch' (kotak pengumpulan bayi) dilancarkan di Hospital Pakar Ipoh (KPJ-ISH) dekat sini, ia sudah menerima tujuh bayi.

jobs from my.neuvoo.com


EmoticonEmoticon

Google+ Followers