Wednesday, 14 September 2016

Terbit dokumentari kisah guru di pedalaman - Mahdzir Khalid

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, dokumentari yang di­cadangkan dita­yangkan pada sam­butan Hari Guru 2017 itu pen­ting bagi me­nyingkap kehidupan me­reka yang berkorban mendidik anak bangsa dalam serba kekurangan.

“Para guru di pedalaman me­rupakan wira yang tidak didendang. Tugas dan tanggungjawab mereka cukup besar dalam mendidik anak bangsa.

“Oleh itu, saya arahkan BTP menerbitkan dokumentari untuk wira yang tidak didendang ini (guru pedalaman) dan ditayangkan pa­da sambutan Hari Guru tahun depan,” katanya ketika ber­ucap sempena lawatan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Tilis, di sini hari ini.

Mahdzir yang da­lam lawatan kerja dua hari ke sekolah di pedalaman Sabah turut mengumumkan peruntukan RM50,000 untuk SK Tilis.

Terdahulu, beliau membuat tinjauan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di SK Sodomon, Keningau sebelum melawat SK Kalang Kanar, Te­nom.

Beliau yang diiringi Pengarah Jabatan Pendidikan negeri, Maimunah Suhaibul; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemabong, Datuk Rubin Balang dan Ketua UMNO Bahagian Pensiangan, Datuk Abdul Ghani Yassin mengakhiri lawatan dengan berkunjung ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kemabong yang kerap dilanda banjir.

Dalam pada itu, Mahdzir berkata, guru yang berasal dari kawasan pedalaman berpeluang mencurah bakti di tempat kelahiran masing-masing pada masa depan.

Kata beliau, walaupun kementerian mempunyai garis pan­duan dan peraturan bagi pe­nempatan guru tetapi perkara itu boleh dipertimbangkan terutama me­libatkan sekolah di kawasan pe­dalaman.

“Saya melihat kekosongan di sekolah pedalaman dapat diisikan oleh anak-anak jati pedalaman pada masa depan.

“Biarpun kementerian ada garis panduan dan peraturan bagi penempatan guru tetapi kita akan pertimbangkan untuk mereka kembali ke tempat kelahiran.

Peraturan dan sistem ini kita yang gubal, tidak salah untuk kita ubah dasar itu (penempatan guru),” katanya.
jobs from my.neuvoo.com

1 comments so far

Mengajar di pedalaman sangat mencabar... Teruskan perjuangan....


EmoticonEmoticon

Google+ Followers