Thursday, 22 September 2016

Siasat jika video guru bercumbu sahih - NUTP

NUTP menggesa PPD menyiasat video viral berkenaan
jika benar membabitkan guru sekolah.
— Paparan skrin YouTube/Big News
KUALA LUMPUR, 21 Sept — Siasatan dalaman perlu dilakukan bagi memastikan video viral dua individu bercumbu melibatkan guru sahih, kata Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP).

Presidennya, Kamarozaman Abd Razak berkata perbuatan sumbang itu amat memalukan dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) tidak boleh berdiam diri.

“Jika betul, ia memang memalukan. Bagi peringkat awal, siasatan dalaman perlu dilakukan membabitkan sekolah dan PPD.

“Kita ada pegawai aduan di peringkat PPD yang akan ke sekolah bagi membuat siasatan dakwaan itu,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian.

Video lapan minit tersebar di media sosial minggu lalu memaparkan aksi intim dua individu yang kelihatan seperti di sebuah pejabat sekolah.

Aksi berkenaan didakwa dirakam oleh lelaki dalam video itu, mendapat kecaman netizen kerana melakukan perbuatan tidak bermoral.

jobs from my.neuvoo.com


EmoticonEmoticon

Google+ Followers