Thursday, 1 September 2016

Program English Language Roadmap 2015-2025 bukan sekadar melihat kepada kemahiran bertutur - ELTC

PUTRAJAYA, 30 Ogos (Malaysiaaktif) – Oleh sebab, penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid di Malaysia masih pada tahap yang rendah manakala guru Bahasa Inggeris (BI) pula memerlukan lebih banyak latihan dari segi pedagogi dan penguasaan subjek itu sendiri, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melancarkan Program English Language Roadmap 2015-2025 di Putrajaya tengah hari tadi.
Menurut Pengarah English Language Teaching Centre, Dr. Mohamed Abu Bakar pada 2012, semua guru BI dikehendaki menduduki Placement Test, ketika itu cuma 37% mencapai tahap C1 tetapi selepas latihan selama empat tahun ini sudah mula mencecah 52%.
Pengarah English Language Teaching Centre,
Dr. Mohamed Abu Bakar sehingga kini 52%
guru Bahasa Inggeris telah mencapai tahap C1.
Pengarah English Language Teaching Centre, Dr. Mohamed Abu Bakar pada 2012, semua guru BI dikehendaki menduduki Placement Test, ketika itu cuma 37% mencapai tahap C1 tetapi selepas latihan selama empat tahun ini sudah mula mencecah 52%.

“Tahap C1 ini merupakan tahap guru mahir yang mampu bertutur dengan lancar yang menyebabkan mereka mampu mengajar dengan lebih efektif. Sasaran kita pada 2020, guru kita semua kena ada C1,” ujarnya yang ditemui Malaysiaaktif tengah hari tadi.

Mohamed menyatakan isu tersebut bukan disebabkan oleh pihak universiti gagal melahirkan pelajar yang mampu berbahasa Inggeris dengan baik tetapi disebabkan oleh lokasi mereka dihantar bertugas.
“Bukan disebabkan semasa dia keluar dari universiti tetapi bahasa ini kadang-kadang disebabkan oleh posting (tempat) dia mengajar, guru sendiri tidak membaca dan jarang menggunakan bahasa tersebut sehingga menyebabkan tahap mereka sedikit merosot.

“Itulah yang kita cuba atasi sekarang. Guru sebagai contoh, kalau bahasa dia tak betul bagaimana dia nak mengajar untuk menjadikan murid mahir berbahasa Inggeris?

“Khasnya di luar bandar, murid hanya mengharapkan guru sahaja. Jadi guru perlu bersedia. Lain halnya dengan penutur jati, walau ditugaskan di luar bandar pun bahasa mereka masih baik kerana dari segi kebudayaannya orang barat ni banyak membaca selain banyak membuat kajian tindakan dalam kelas.

Mohamed juga berpendapat Program English Language Roadmap 2015-2025 bukan sekadar melihat kepada kemahiran bertutur bahkan kemampuan untuk menambah ilmu pengetahuan.
Program English Language Roadmap 2015-2025
“Satu lagi tujuan kita mahu murid bukan sahaja mampu bertutur tetapi juga mereka boleh menggunakan BI ini sebagai sumber ilmu. Kita mahu mereka boleh baca dan memahami semua aspek dengan menggunakan ICT seterusnya dapat membantu mereka sebelum sambung ke pengajian tinggi.

Pada majlis tersebut dua program penting dilancarkan iaitu latihan untuk guru menerusi roadmap dan keduanya program terus kepada murid sendiri iaitu program Highly Immersive Program (HIP) yang dilaksanakan di 10,000 sekolah secara berperingkat.

“Sehingga hari ini kita telah melaksanakan program ini di 1200 sekolah. Jadi pada akhir 2018, semua sekolah dapat mewujudkan suasana berbahasa Inggeris melalui empat kaedah. Satunya pengajaran dalam kelas, kedua apa yang berlaku di luar bilik darjah termasuk kelas tambahan dan ketiga bagaimana mereka boleh bekerja dengan komuniti serta sokongan ibu bapa.

“Jika murid nak belajar bahasa, belajar di sekolah sahaja tidak mencukupi, mereka perlu sokongan ibu bapa. Ibu bapa tak semestinya bercakap dalam BI. Yang penting, kena bagi sokongan seperti beli hadiah untuk anak-anak eloklah belikan buku cerita bahasa Inggeris

“Kemudian bila anak membaca, minta mereka bercerita. Kalau kita kita tak faham tak jadi isu. Mungkin pada permulaan 5% sahaja yang mereka fahami tetapi yang penting beri mereka keyakinan. Lama-kelamaan murid akan lebih yakin,” ujarnya lagi.

Sementara itu, menurut Menteri Pendidikan Malaysia, Datuk Seri Mahadzir Khalid turut hadir menyaksikan Majlis Menandatangani Kontrak Kolaborasi KPM-Cambridge English (CE), program ini diadakan khas untuk meningkatkan kualiti para guru dan pelajar bagi subjek BI.
Program Kolaborasi KPM-CE
“Sasaran kami untuk program ini ialah guru subjek BI dan murid-murid perlu meningkatkan kualiti mereka. Kita mahu jumlah 40,000 guru BI di Malaysia pada hari ini berada pada tahap C1,” jelasnya.

Pada majlis tersebut, Mahadzir turut menyatakan Bahasa Inggeris belum lagi diletakkan sebagai subjek wajib lulus dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Sumber: MalaysiaAktif
jobs from my.neuvoo.com


EmoticonEmoticon

Google+ Followers