Pelajar tingkatan tiga dilarikan dua lelaki

11:43:00
Nur Darleen Dazeera Azhar
KUALA LUMPUR: Seorang pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, di sini, dilarikan dua lelaki menunggang motosikal di hadapan rumahnya di Jalan Suasana 4/2, Bandar Tun Hussein Onn, pagi tadi.

Difahamkan, ketika kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, pelajar berkenaan, Nur Darleen Dazeera Azhar, 15, sedang menunggu van untuk ke sekolah.

Bapa saudara mangsa, Jalaluddin Md Zin, berkata kejadian itu dilihat pemandu van dan rakan-rakannya yang berada di dalam kenderaan itu namun tidak sempat berbuat apa-apa.
"Dia (Nur Darleen) sepatutnya menaiki van itu ke sekolah. Bagaimanapun, pagi tadi dia dilihat ditarik dua lelaki bermotosikal dan dia duduk di tengah-tengah kenderaan itu.

"Pemandu van dan rakan-rakannya nampak dia seperti melambai ke arah mereka tetapi, lelaki yang menunggang motosikal itu dikatakan memarahinya kerana berbuat demikian," kataya ketika dihubungi BH, sebentar tadi.

jobs from my.neuvoo.com

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »