Saturday, 3 September 2016

Mufti Gesa KPM Kuatkuasa Larangan Ajaran Tauhid Tiga Serangkai Di Sekolah

PUTRAJAYA: Mufti Pahang menggesa Kementerian Pendidikan menguatkuasakan larangan ajaran konsep tauhid tiga serangkai di semua sekolah di seluruh negara.

Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman berkata, pihaknya mengesan pelaksanaan ajaran konsep itu di sekolah menengah di negara ini yang bercanggah dengan fahaman konsep sifat 20 Allah SWT dalam empat mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Katanya, konsep tauhid tiga serangkai adalah ajaran Salafi Wahabi yang memupuk fahaman ekstremisme dalam kalangan pelajar Islam di negara ini.

“Kita minta Kementerian Pendidikan tengok (tauhid tiga serangkai) dan kalau boleh buang amalan ini dari sekolah menengah.

“Kita minta amalan daripada kitab Ibnu Taimiyyah ini dikaji dan dilihat… terutama yang bercanggah dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah,” katanya lapor The Malaysian Mirror.
Beliau berkata demikian pada sidang media anjuran pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam yang diadakan di sini, Sabtu lalu.

Yang turut hadir, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh.

Tauhid tiga serangkai ialah tauhid rububiyyah, tauhid uluhiyyah, dan tauhid asma’, yang dirumuskan oleh tokoh Islam abad ke 13, Ibu Taimiyyah sebagai pengganti kepada sifat 20 untuk umat Islam mengenal Allah SWT.

Bagaimanapun, pendekatan tauhid tiga serangkai itu didapati bercanggah dengan ijmak ulama yang berpegang kepada mazhab Syafie dan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) sudah mengharamkan ajaran konsep tauhid tiga serangkai di negeri berkenaan sejak beberapa tahun yang lalu.
jobs from my.neuvoo.com


EmoticonEmoticon

Google+ Followers