Thursday, 8 September 2016

Kumpulan Whatsapp Ibu Bapa Ganggu Kehidupan Peribadi Guru

Sumber: Google Image
Baru-baru ini saya dimaklumkan oleh seorang teman yang bertugas sebagai guru disebuah sekolah menengah berhubung arahan pengetuanya kepada semua guru kelas supaya mewujugkan satu kumpulan Whatsapp dengan ibu bapa pelajar.

Menurut teman saya itu arahan tersebut berbentuk wajib dan bukannya sukarela. Pengetuanya memberitahu tujuannya untuk memudahkan penyampaian sebarang maklumat tentang aktiviti sekolah dan apa jua perkara berkaitan pelajar.

Namun hakikat sebenar yang berlaku bukanlah untuk memudahkanlah lagi urusan sebaliknya menyusahkan guru kelas berkenaan. Cuba bayangkan sebaik sahaja Kumpulan Whatsapp diaktifkan guru kelas terbabit melayan pertanyaan serta kerenah ibu bapa sehingga lewat malam.

Malah ada satu ketika pukul 3 pagi pun mesej daripada ibu bapa masih lagi masuk ke dalam kumpulan Whatsapp berkenaan. Mengapa hak kehidupan peribadi guru itu diganggu sebegitu rupa?

Mereka terpaksa melayan setiap pertanyaan kerana khuatir ibu bapa itu akan membuat aduan kepada pihak pengetua.

Hasil perbualan saya dengan teman saya itu jelas menunjukkan guru-guru terlibat begitu tertekan.

Seolah-olah telefon pintar guru terlibat mesti 24 jam ada ditangan dan seolah-olah telefon pintar guru berkenaan seperti hak sekolah. Macam tak ada kerja lain. Mereka juga ada isteri atau suami serta anak-anak yang perlu diuruskan. Mereka juga mempunyai hak dan kehidupan peribadi.

Saya amat berharap Kementeria Pendidikan dan kesatuan guru mengambil perhatian tentang isu ini dan kemudian mengambil tindakan sewajarnya terutama berkaitan arahan pengetua yang mewajibkan guru kelas mewujudkan kumpulan Whatsapp ibu bapa pelajar yang terbukti menjejaskan kehidupan guru-guru tersebut.

Tuntut Keadilan
Kuala Lumpur



jobs from my.neuvoo.com


EmoticonEmoticon

Google+ Followers