Friday, 9 September 2016

Isu Soalan Palsu UPSR 2016, Timb. Menteri Lapor SKMM

Berikutan kecoh berkenaan penyebaran mesej Soalan Sains UPSR 2016 yang dikatakan bocor, Timbalan Menteri Pendidikan, P. Kamalanathan telah hadir di Pejabat Suruhanjaya & Multimedia Malaysia untuk serahan laporan rasmi.
Berikut adalah kenyataan rasmi FB beliau:
8/9/2016 : [Isu Soalan Palsu UPSR 2016] - Saya hadir ke Pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia bagi menyerahkan laporan rasmi mengenai penyebaran gambar soalan palsu UPSR kepada En Zulkarnain Mohd Yasin, Ketua Sektor, Sektor Keselamatan Rangkaian & Penguatkuasaan.

Saya juga menyerahkan 3 cetakan skrin individu yang menyebarkan maklumat palsu tersebut.

Pihak MCMC berjanji akan menyiasat dan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang tidak bertanggungjawab.

Ini harus menjadi satu pengajaran kepada semua pengguna media sosial agar tidak menyiarkan sebarang berita tanpa menyemak kesahihan.
jobs from my.neuvoo.com


EmoticonEmoticon

Google+ Followers