Monday, 26 September 2016

Guru berkonvoi maut

Betong: Seorang guru maut apabila motosikal berkuasa tinggi ditunggangnya bertembung dengan sebuah Proton Waja di Kilometer 82, Jalan Batang-Sarikei di sini, petang tadi.

Dalam kejadian 5.20 petang itu, mangsa yang dikenali sebagai Abdul Rahman Hasbullah, maut di lokasi kejadian.

Difahamkan, mangsa yang mengajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Selalang, Sarikei, berkonvoi dalam perjalanan pulang ke Sarikei selepas menghadiri Samarahan Bike Week di Kota Samarahan.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri Deputi Superintendan Alexson Naga berkata, kemalangan membabitkan motosikal berkuasa tinggi dengan sebuah Proton Waja.

Menurutnya, kemalangan dipercayai berlaku apabila Proton Waja hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan motosikal mangsa," katanya.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Betong untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,
jobs from my.neuvoo.com


EmoticonEmoticon

Google+ Followers