Friday, 23 September 2016

Apabila Menteri Pendidikan 'naik angin'

Berikutan penyebaran beberapa isu yang mengaibkan sistem pendidikan, sekolah, guru dan Kementerian Pendidikan amnya, menterinya, Dato Seri Mahdzir Khalid telah mencadangkan agar satu tindakan tegas diambil kepada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab ini.

Baca : Bukan sekolah tapi pejabat ladang

Selama ini beliau berkata, KPM bertindak dengan memberi penjelasan dan penafian tanpa ada apa-apa tindakan terhadap pihak yang bertanggungjawab.


Baca: Siasat jika video guru bercumbu sahih - NUTP

Beliau berharap, dengan peruntukan undang-undang yang ada, perkara ini akan diambil serius supaya dapat memberi pengajaran kepada yang lain.

Melalui akaun facebook beliau, beliau menulis:

Saya bercadang selepas ini KPM bertindak lanjut ke atas penyebaran maklumat/berita yang berunsur fitnah oleh pihak tertentu dengan membuat laporan rasmi kepada pihak berkuasa untuk tindakan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

Jika sebelum ini, KPM banyak membuat siasatan, penafian serta penjelasan. Ini bukan sahaja untuk menegakkan kebenaran tetapi bertujuan untuk mendidik masyarakat tentang kesan aktiviti penyebaran maklumat yang berbaur fitnah.

jobs from my.neuvoo.com


EmoticonEmoticon

Google+ Followers