Thursday, 4 August 2016

'UPSR, PT3, SPM Tiada Manfaat, Tak Perlu Saya Hantar Anak-Anak Ke Sekolah'

SEJAK kebelakangan ini, nama penyanyi nasyid, Suhaimi Saad tiba-tiba melonjak selepas mendedahkan anak-anaknya tidak terima suntikan vaksin serta hanya berubat dengan amalan sunah dan bacaan Al-Quran.

Kontroversi mengenai dirinya bertambah panas apabila anaknya itu turut dikatakan tidak pernah dihantar ke sekolah, sebaliknya pergi mengutip derma.

Dek kerana itu juga, dirinya teruk menerima kecaman dan kritikan netizen.

Susulan itu, Suhami tampil menafikan anaknya ‘mengemis’, tetapi hanya membuat persembahan awam atau ‘busking’ bagi sebuah pertubuhan kebajikan iaitu Sabah Care.

Menyentuh isu sekolah pula, Suhaimi mengakui tidak melihat manfaat dalam format peperiksaan di negara ini.

Menurutnya, tidak ada keperluan untuk anak-anaknya menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), sekiranya mereka sudah mencapai kehendak dan impian masing-masing kelak.

“SPM pun mungkin kita akan ambil secara persendirian. Itu pun SPM ini kita tidak akan tahu bertahan sampai bila sebab sistem ini sentiasa boleh berubah.

“Cuma saya merancang yang terbaik. Saya tengok ramai yang buat belajar di rumah ini apabila usia 14 tahun ke 15 tahun dan sudah boleh sampai sasaran dia.

“Ada jadi saintis, ahli perniagaan dan sebagainya. Jadi kalau dah jadi ahli muzik, sudah boleh bekerja, tidak perlulah SPM itu,” katanya.

“UPSR dan PT3 saya rasa tidak akan bawa ke mana-mana dan memang saya tak rancang untuk mereka.”

“Sekarang ini saya fokuskan kepada akhlak dan bahasa serta al-Quran,” katanya kepada ProjekMMO.

Difahamkan, Suhaimi dan isterinya, Nordiana Mohd Naim memilih menyekolahkan anak-anak mereka sendiri di rumah menggunakan konsep “home schooling”.

Sumber– MYNEWSHUB.CC
jobs from my.neuvoo.com


EmoticonEmoticon

Google+ Followers