Monday, 8 August 2016

Pokemon, Pokemon Go tidak dibenarkan di sekolah

Datuk Seri Mahdzir Khalid menegaskan, perkara itu selaras
larangan terhadap pelajar membawa telefon pintar atau
telefon bimbit ke sekolah. - Gambar fail
KUALA KLAWANG: Permainan siber Pokemon dan Pokemon Go tidak akan dibenarkan di dalam kawasan sekolah di negara ini.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid menegaskan, perkara itu selaras larangan terhadap pelajar membawa telefon pintar atau telefon bimbit ke sekolah yang dikuatkuasakan selama ini.

Beliau mahu pihak sekolah bertindak lebih tegas, dengan merampas telefon bimbit pelajar jika mereka dikesan menggunakannya untuk bermain permainan siber itu.

"Guru perlu merampas telefon bimbit pelajar jika mereka dikesan menggunakannya untuk bermain permainan siber itu," katanya selepas majlis perasmian serentak Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Jelebu di sini, hari ini.

Pokemon dan Pokemon Go menjadi fenomena di Malaysia sejak ia boleh dimuat turun pada Sabtu.
jobs from my.neuvoo.com


EmoticonEmoticon

Google+ Followers