Sunday, 7 August 2016

PK HEM bongkar perbuatan terkutuk Guru Disiplin

Gambar hiasan
KOTA KINABALU: Lagi kes guru rogol murid.

Selepas seorang guru berusia 50 tahun ditahan di Besut, Terengganu pada Isnin lalu kerana mencabul tiga murid sekolah rendah, insiden yang sama turut berlaku di Telupid, Sabah, pada hari yang sama.

Kes ini juga melibatkan seorang guru, dan lebih menarik suspek merupakan seorang guru disiplin berusia 53 tahun, yang menodai tiga anak muridnya yang berusia di antara 9 dan 10 tahun.


Guru disiplin tersebut dikatakan telah melakukan perbuatan terkutuk, dengan merogol mangsa di dalam bilik bantu mengajar dan bilik stor sukan sejak awal tahun ini, manakala kali terakhir pada Julai lalu.

Menurut sumber polis, suspek dikatakan melakukan perbuatan tersebut pada waktu rehat iaitu di antara jam 10 sehingga 10.20 pagi.

“Mangsa akan dipanggil masuk ke bilik alat bantu mengajar dan diarahkan berbogel sebelum diberi amaran untuk tidak berbuat bising.
“Suspek kemudian melakukan penetrasi ke dalam kemaluan mangsa sambil mengugut agar mereka tidak menceritakan perbuatan itu kepada orang lain.

Menurut sumber itu lagi, perlakuan keji itu terbongkar apabila Penolong Hal Ehwal Murid sekolah berkenaan dimaklumkan mengenai perkara itu oleh beberapa rakan mangsa.

“Setelah disoal oleh guru tersebut, ketiga-tiga murid berkenaan mengakui menjadi mangsa pedofil berkenaan, dan mereka mendiamkan diri selepas itu, tidak memaklumkan perkara berkenaan kepada keluarga masing-masing.

Setelah laporan polis dibuat, ketiga-tiga mangsa kemudian telah dihantar menjalani peneriksaan kesihatan di Klinik Kesihatan Telupid, manakala pihak ibu bapa dimaklumi.

“Polis kemudian berjaya menjejak guru tersebut, sebelum menahannya bagi membantu siasatan,” kata sumber itu lagi.

Berdasarkan Akta Kanak-Kanak 2001, kes jenayah seksual seperti ini boleh menyebabkan suspek disumbat ke dalam penjara sehingga 30 tahun untuk setiap kes selain sebatan rotan. – Sarawakvoice.com
jobs from my.neuvoo.com


EmoticonEmoticon

Google+ Followers