Wednesday, 17 August 2016

Peraduan Instagram Merdeka 2016 Sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2016 & Hari Malaysia

Bersempena dengan Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia Tahun 2016, Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), akan menganjurkan Peraduan Instagram Merdeka 2016 yang bertujuan:-

Memaparkan gelagat sehati sejiwa dan rasa cinta rakyat Malaysia dalam menyambut Hari Kebangsaan Tahun 2016 dengan penuh patriotisme.
  • Meningkatkan semangat patriotik dan cintakan negara dalam kalangan rakyat Malaysia melalui aplikasi instagram;
  • Merakyatkan amalan kibaran jalur gemilang di lapangan (pedalaman) dan media online;
(Penyertaan adalah dibuka kepada seluruh rakyat Malaysia bermula pada 16 Ogos - 16 September 2016)

Hantarkan insta foto atau insta video gelagat Sehati Sejiwa anda dalam menyambut Hari Kebangsaan 2016 secara kreatif melalui instagram anda. Untuk maklumat lanjut berkenaan peraduan :-

a) Sila 'LIKE & SHARE' https://www.facebook.com/JASAInstagramMerdeka
b) Sila FOLLOW akaun INSTAGRAM http://instagram.com/instamerdeka

Jawatankuasa Media dan Publisiti
Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2016
03-8911 7381
jobs from my.neuvoo.com


EmoticonEmoticon

Google+ Followers