Tuesday, 9 August 2016

Mekanisme gubal Akta Perlindungan Guru diteliti - KPPM

KHAIR MOHAMAD YUSOF (depan, dua dari kiri)
bersalamandan beramah mesra dengan guru-guru
semasa lawatan kerjake Pejabat Pendidikan
Daerah Kota Bharu, Kelantan, semalam.
TANAH MERAH 8 Ogos - Cadangan penggubalan Akta Perlindungan Guru akan diteliti secara mendalam bagi mencari mekanisme terbaik untuk melindungi golo­ngan pendidik dalam era yang semakin mencabar sekarang.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr. Khair Mohamad Yusof berkata, ketika ini perkara tersebut masih di peringkat awal dan pihaknya perlu menyemak terlebih dahulu cadangan berkenaan.

“Kami berpegang kepada kenyataan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid yang mengambil perhatian dan menyokong cadangan tersebut.

“Setakat ini, kita masih belum melihat skop perlindungan untuk akta berkenaan kerana ia baru sahaja dicadangkan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Sumbangan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah-Sekolah dalam Parlimen Tanah Merah di Pejabat Pendidikan Tanah Merah di sini semalam.

Yang turut hadir, Pengarah Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik Pejabat Perdana Menteri, Datuk Sahlan Ismail; Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz; Pengarah Pendidikan Kelantan, Datuk Ab. Aziz Abdullah dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gual Ipoh, Mohd. Bakri Mustapha.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meminta Kementerian Pendidikan meneliti cadangan supaya Akta Perlindungan Guru digubal ketika menyampaikan ucapan penggulungan dalam Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datoh, kelmarin.

Usul bagi penggubalan akta itu diluluskan persidangan tersebut selepas dicadang oleh seorang perwakilan Wanita UMNO, Zalilawati Majidah yang antara lain bertujuan melindungi guru daripada diserang, diugut dan diancam oleh pelajar serta ibu bapa ketika menjalankan tugas rasmi.
jobs from my.neuvoo.com


EmoticonEmoticon

Google+ Followers