Thursday, 4 August 2016

Kutip derma? Kami bukan bank untuk sekolah, jawab PIBG

PETALING JAYA: Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bukan perunding kewangan atau bank untuk jana biaya penyelenggaraan sekolah, tegas Presiden PIBG Nasional menjawab cadangan mewajibkan persatuan mengutip derma untuk selenggara sekolah.

Prof Madya Mohamad Ali Hassan berkata PIBG adalah sistem sokongan dalam hal displin pelajar, pencapaian akademi dan bukan akademi, keselamatan dan kebersihan sekolah.

“Beri dana kepada sekolah dibuat atas dasar sukarela. Mengapa tidak minta tambahan wang daripada syarikat milik kerajaan (GLC). Mengapa kita pula yang perlu tanggung penyelenggaraan sekolah,” katanya.

Beliau menambah banyak sekolah terletak di kawasan desa, terpencil dan pedalaman dimana ibu-bapa tidak mampu jana wang untuk sekolah.


“Barangkali sekolah yang mewah boleh menjana 50% daripada penyelenggaraan sekolah tetapi tidak boleh dijadikan kewajipan. Sebenarnya ia bergantung kepada sekolah masing-masing,” katanya.

Beliau berkata ahli persatuan menjalankan aktiviti kutip derma untuk selenggara sekolah, dan “semua orang gembira kerana ia dibuat secara sukarela. Tiada paksaan. Tanggungjawab selenggara sekolah tidak boleh diserahkan kepada PIBG.”

Ini kerana semua orang merasai himpitan kos sara hidup sejak perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sejak April 2015.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan mencadangkan kutip derma wajib untuk sekolah-sekolah di Selangor, memandangkan dana Putrajaya untuk selenggara sekolah tidak mencukupi.

Ali berkata mengikut hak, kerajaan sepatutnya memperuntukkan sekurang-kurangnya 15% hingga 20% daripada belanjawan keseluruhan untuk penyelenggaraan sekolah. Dalam belanjawan 2016, Kementerian Pendidikan terima sejumlah RM41.3 bilion.

“Sekiranya kerajaan tidak peruntukkan sekurang-kurangnya 15% hingga 20% daripada belanjawan keseluruhan untuk penyelenggaraan sekolah, kerajaan perlu merumuskan rancangan bersama GLC untuk sumbang sedikit dana,” tambahnya.

Ali menambah dana daripada GLC boleh digunakan untuk menaiktaraf peralatan dan kemudahan sekolah.
jobs from my.neuvoo.com


EmoticonEmoticon

Google+ Followers