Saturday, 20 August 2016

Kongsi hasil kerja 'melucukan' pelajar di laman sosial langgar etika perguruan

AMIN: Tanpa disedari, sebenarnya guru telah melanggar
etika dan privasi.
BAGAN DATOH: Guru diingatkan supaya tidak berkongsi atau memuat naik hasil kerja pelajar yang dianggap melucukan ke laman sosial kerana ia melanggar etika perguruan, kata Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Dr Amin Senin.

Beliau berkata guru perlu menjaga privasi pelajar serta tidak boleh menjatuhkan maruah dan moral pelajar.

"Kebelakangan ini kita sering melihat hasil kerja pelajar dikongsi sebagai bahan melucukan dan diviralkan dalam laman sosial.

"Namun begitu tanpa disedari, sebenarnya guru telah melanggar etika dan privasi hasil kerja anak murid untuk dijadikan bahan lawak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis temu mesra guru-guru Tahun Enam daerah Hilir Perak 2016, di sini hari ini.

Sebanyak 687 guru dari 114 buah sekolah seluruh daerah Hilir Perak diraikan pada majlis itu atas jasa mereka dalam membantu pelajar yang bakal menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini.

Sehubungan itu, katanya Kementerian Pendidikan akan mencari mekanisme terbaik bagi mencegah perkara itu.
jobs from my.neuvoo.com


EmoticonEmoticon

Google+ Followers