Wednesday, 17 August 2016

Kenaikan Pangkat Secara Time Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) DG32 - DG54 2014 hingga 2016 Dibuka


Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengadakan Urusan Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan Pegawai Kumpulan Pelaksana (PKP) Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bermula:

17 OGOS 2016 hingga 20 SEPTEMBER 2016 (Peringkat Pengetua/Guru Besar/ Ketua Bahagian Di Bahagian/IAB/IPG/KM)
21 SEPTEMBER 2016 hingga 08 OKTOBER 2016 (Peringkat JPN/BAHAGIAN)

Urusan ini terbuka kepada:

(a) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG32 Hingga Gred DG54 bagi urusan tahun 2014 hingga 2016;

(b) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 ke Gred DG44 yang mempunyai pengalaman sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) bagi urusan tahun 2014 hingga 2016;

(c) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG44 ke Gred DG48 yang mempunyai pengalaman sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) bagi urusan tahun 2014 hingga 2016 (Hanya PPP yang belum menggunapakai pengalaman PPPLD semasa ke Gred DG44 SAHAJA); dan

(d) Pegawai Kumpulan Pelaksana (PKP) Bagi Urusan Tahun 2014 Hingga 2016.

Pegawai yang terlibat TIDAK PERLU MEMOHON dan sebaliknya perlu diperakukan terus oleh Ketua Jabatan menerusi iklan ePangkat yang DIBUKA BERMULA 17 OGOS 2016.

Keterangan lanjut sila rujuk lampiran Surat Siaran di bawah.
jobs from my.neuvoo.com


EmoticonEmoticon

Google+ Followers