Saturday, 6 August 2016

Kementerian digesa teliti cadangan gubal Akta Perlindungan Guru - TPM

Datuk Seri Ahmad Zahid
BAGAN DATOH: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
akan meminta Kementerian Pendidikan meneliti cadangan
supaya Akta Perlindungan Guru
digubal bagi melindungi pendidik
di zaman yang semakin mencabar sekarang.

"Saya akan minta Kementerian Pendidikan supaya meneliti usul itu dahulu sebelum ia dibawa ke Kabinet," katanya dalam ucapan penggulungan pada mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datoh 2016, di sini hari ini.

Mesyuarat yang dirasmikan Naib Presiden UMNO merangkap Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein itu dihadiri 477 perwakilan. Turut hadir Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Usul bagi penggubalan akta itu diluluskan mesyuarat selepas dicadang oleh seorang perwakilan Wanita UMNO, Zalilawati Majidah yang antara lain bertujuan melindungi guru daripada diserang, diugut dan diancam oleh pelajar serta ibu bapa ketika menjalankan tugas rasmi.

Menurut Zalilawati, penggubalan akta itu juga bagi memberi perlindungan dan pembelaan kepada guru sekiranya terlibat dalam sebarang kes semasa menjalankan tugas rasmi atau tidak rasmi dalam kawasan sekolah atau di luar sekolah.
jobs from my.neuvoo.com


EmoticonEmoticon

Google+ Followers