Thursday, 11 August 2016

Guru kemurungan ditemui mati terapung

Arau: Kakak ipar kepada Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man ditemui mati lemas di Sungai Kampung Teluk, Jalan Tambun Tulang, Arau pagi tadi.

Kejadian berlaku pada jam 8.20 pagi apabila seorang penduduk kampung berkenaan yang sedang melalui jalan berhampiran sungai itu ternampak seorang mayat wanita yang sedang terapung di sungai berkenaan.

Ketua Polis Daerah Arau, Superitendan Nanda Maarof berkata, hasil pemeriksaan awal polis mendapati tiada sebarang luka dan kecederaan pada mangsa.

"Namun hasil temubual bersama abang mangsa mendapati wanita berkenaan dikenali sebagai Haliza Hassan berusia 53 tahun dan bertugas sebagai guru di Sekolah Kebangsaan Tengku Budriah, Arau," katanya kepada Harian Metro.

Beliau berkata siasatan awal juga mendapati mangsa yang juga isteri kepada abang kepada Datuk Seri Azlan Man itu dipercayai mengalami masalah kemurungan.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan," katanya lagi.

Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Sementara itu, Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man difahamkan sedang berada di Kuala Lumpur atas urusan rasmi.
jobs from my.neuvoo.com


EmoticonEmoticon

Google+ Followers