Tuesday, 2 August 2016

Guru Besar Samseng, Bertindak Ala Gangster

Susulan dakwaan guru besar sekolah di Klang yang didakwa berpewatakan seperti samseng, Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan mengesahkan guru besar terbabit akan ditempatkan di Jabatan Pendidikan Selangor berkuatkuasa esok sementara siasatan dijalankan.

Sekumpulan ibu bapa dan wakil guru Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Highlands mendakwa guru besar terbabit melakukan penderaan emosi dan memberi tekanan kepada guru-guru sekolah itu sehingga seorang daripadanya cuba membunuh diri Jumaat lalu.

Pengerusi PIBG SJKT Ladang Highlands, R. Chandra Seragaran, mendakwa guru besar berkenaan turut mengupah samseng untuk mengugut mangsa.

jobs from my.neuvoo.com


EmoticonEmoticon

Google+ Followers